Jika rasa sepi itu berlapis-lapis
Tentu dapat terkuliti satu-satu
Walau berdarah berkafankan tanpa suara
Cerita hidup berujungkan mati jua
Tiada yang sanggup menoleh tanpa berkedip
Seperti malam yang tak lepas dari tangis
Berhala-hala berjalan setengah berlari
Bahkan berputar kerana sepi
Aku bertanya pada aku
Dan aku menjawab teruntuk aku
Sepi telah memunculkan ragam sosok
Pancawarna dan pancasona
Andai saja
Mungkin kerana?
O,..Tidak.
Apa boleh buat.
Sepi tiada menjadikan aku
Sepi menjadikan di sekitar bicara
Buat apa?
Untuk siapa?
Kerana apa?
Dan di mana salah yang ada?
O,..Biarkan saja.
Aku apa adanya.
Garis malam kian mengguratkan lintangnya
Sepi terus mendiami hati dan logika
Harus tak menyerah
Seharusnya berserah
Sigondrongdalamdiam
25 April 2015.

Social Plugin